Jumaat, 8 Januari 2016

Rezeki Sempit...Apakah Penyelesaiannya?


Assalamualaikum wbt,

Pernah merasakan seolah-olah rezeki sempit atau sukar untuk hadir ke dalam kehidupan seharian? Jiwa selalu tidak tenang, hati yang runsing, masa yang sentiasa tidak cukup dan paling merumitkan apabila pendapatan selalu tidak mencukupi.


Adakah itu tanda-tanda rezeki sempit atau rezeki yang tidak berkat?


Sebelum menjawab soalan ini, kita perlu ketahui apakah yang di maksudkan dengan rezeki yang halal dan berkat. Ini adalah kunci kepada persoalan rezeki itu sendiri supaya kita memahami dan seterusnya merungkai persoalan di atas.
Ketahui 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah & Berkat. Klik Sini
Rezeki yang halal adalah rezeki yang pada zahirnya adalah halal dan tidak menyalahi syariat dari segi urusan harian yang di lakukan. Contohya bekerja di kedai runcit, bekerja di pejabat, berniaga online dan sebagainya.

Manakala rezeki yang berkat pula adalah cara memperolehi rezeki itu bukan daripada cara yang salah. Walaupun pada hakikatnya rezeki yang di perolehi adalah halal tetapi boleh jadi tidak berkat jika caranya adalah salah. Walaupun kita bekerja di pejabat tetapi kita tidak melaksanakan kerja dengan amanah dan jujur, boleh jadi rezeki yang kita terima adalah halal tetapi tidak berkat.

Jadi, persoalan rezeki yang halal dan berkat adalah dua perkara yang berbeza dan rezeki yang halal tidak menjamin keberkatannya lebih-lebih lagi rezeki yang haram. Maka sebelum kita menyibukkan diri mencari jalan untuk menambah rezeki, ada baiknya kita semak dan koreksi diri terlebih dahulu.

Maka, apabila kita merujuk kepada persoalan di atas, sudah tentulah kita akan mengetahui cara penyelesaiannya apabila kita mengetahui puncanya. Kembali kepada niat dan perbaikilah apa yang sepatutnya di perbaiki.

Sebagai peringatan untuk kami dan kita semua, carilah rezeki yang berkat dan bukan dari segi kuantitinya sahaja. Malah ia akan lebih baik dan bagus jika rezeki yang kita perolehi bertambah dari segi kuantitinya dan bertambah juga keberkatannya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan